Tuesday 13 August 2013

Assalamualaikum..inilah 10 muwasofat tarbiyyah yang sering disebut2 oleh murabbi ana..hmmm bile la nak capai dengan jayanya kesepuluh-sepuluhnye ni..mcmna nak jadi individu muslim yang baik ni..(berleter pada diri sendiri)..hehe


#saje nak share kat sini..apa2 pun selamat beramal! :)

Assalamualaikum wbt..setelah hmpir setahun ana menyepi tanpa sebarang berita..kini mncul kembali tidak semena2..hehehe nk kata busy takdek la sangat pun..sebenarnya kalini nk menyuarakan hasrat hati ini yang tertarik untuk memakai niqab dan sudah terlalu lama menyimpan hasrat murni nutuk memakainya..Alhamdulillah kini diberi sedikit kekuatan untuk mencuba mengenakan niqab pada wajah dan mendapat sokongan daripada sahabat ana sendiri..harap antum dapat mendoakan ana agar diberi kekuatan utk istiqamah dalam perjuangan kecil ini ya! masa tengah ber'blogging' gitu..adalah juga menziarah beberapa blog muslimah niqabis ni..antara isu biasa ialah dapat halangan drpd keluarga terutama sekali mak dan ayah..dan Alhamdulillah ana yakin yang family ana akan menyokong keputusan ana ni..tapi 'ekceli' ana masih belum menyatakan hasrat minyak masak murni ni pada mak dan adikberadik..hehe..Moga Allah mempermudahkan jalan ini..Berbalik pada niqab, antara ilmu mengenai aurat wanita yang ana pegang dan amal dulu hingga kini adalah berdasarkan dalil ni..

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Taala :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)

Dan hadis pulak,
 Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud)

Apa yang ana dapat dari kedua2 dalil ni..aurat wanita sememangnya seuruh anggota badan kecuali wajah dan tapak tangan..namun tak salah kalau kita nak berniqab kan? setahu ana,hanya minoriti ulama yang mewajibkan muslimah mengenakan niqab pada wajah namun jumhur ulama lebih mengatakan ianya tidak wajib..walaupon niqab ni hnya dapat sokongan minoriti ulama,apa salahnya kalau kita mahukan yg terbaik utk diri kita dan demi menjaga diri kita yg sangat mudah mendapat fitnah..walaupun ana ni tak secantik mana,namun Alhamdulillah diberi nikmat cukup semua anggota badan..setakat ni takde la lg lelaki yg pandang ana sampai terlanggar tiang ke,tersepak batu ke kan..hehe yg penting sentiasa tajdid niat kerana Allah Taala..kan! Harap sgt antum dapat doakan ana utk berjaya mengenakan niqab dan istiqamah ye!..Sekian utk kali ni, wallahua'lam..





#sekadar gambar hiasan wat bagi semangat gitu..:)#