Tuesday 13 August 2013

Assalamualaikum..inilah 10 muwasofat tarbiyyah yang sering disebut2 oleh murabbi ana..hmmm bile la nak capai dengan jayanya kesepuluh-sepuluhnye ni..mcmna nak jadi individu muslim yang baik ni..(berleter pada diri sendiri)..hehe


#saje nak share kat sini..apa2 pun selamat beramal! :)

Assalamualaikum wbt..setelah hmpir setahun ana menyepi tanpa sebarang berita..kini mncul kembali tidak semena2..hehehe nk kata busy takdek la sangat pun..sebenarnya kalini nk menyuarakan hasrat hati ini yang tertarik untuk memakai niqab dan sudah terlalu lama menyimpan hasrat murni nutuk memakainya..Alhamdulillah kini diberi sedikit kekuatan untuk mencuba mengenakan niqab pada wajah dan mendapat sokongan daripada sahabat ana sendiri..harap antum dapat mendoakan ana agar diberi kekuatan utk istiqamah dalam perjuangan kecil ini ya! masa tengah ber'blogging' gitu..adalah juga menziarah beberapa blog muslimah niqabis ni..antara isu biasa ialah dapat halangan drpd keluarga terutama sekali mak dan ayah..dan Alhamdulillah ana yakin yang family ana akan menyokong keputusan ana ni..tapi 'ekceli' ana masih belum menyatakan hasrat minyak masak murni ni pada mak dan adikberadik..hehe..Moga Allah mempermudahkan jalan ini..Berbalik pada niqab, antara ilmu mengenai aurat wanita yang ana pegang dan amal dulu hingga kini adalah berdasarkan dalil ni..

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Taala :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)

Dan hadis pulak,
 Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud)

Apa yang ana dapat dari kedua2 dalil ni..aurat wanita sememangnya seuruh anggota badan kecuali wajah dan tapak tangan..namun tak salah kalau kita nak berniqab kan? setahu ana,hanya minoriti ulama yang mewajibkan muslimah mengenakan niqab pada wajah namun jumhur ulama lebih mengatakan ianya tidak wajib..walaupon niqab ni hnya dapat sokongan minoriti ulama,apa salahnya kalau kita mahukan yg terbaik utk diri kita dan demi menjaga diri kita yg sangat mudah mendapat fitnah..walaupun ana ni tak secantik mana,namun Alhamdulillah diberi nikmat cukup semua anggota badan..setakat ni takde la lg lelaki yg pandang ana sampai terlanggar tiang ke,tersepak batu ke kan..hehe yg penting sentiasa tajdid niat kerana Allah Taala..kan! Harap sgt antum dapat doakan ana utk berjaya mengenakan niqab dan istiqamah ye!..Sekian utk kali ni, wallahua'lam..





#sekadar gambar hiasan wat bagi semangat gitu..:)#














Tuesday 13 November 2012

GAMBAR-GAMBAR KURSUS TOT DAN MINGGU JALINAN MESRA 2012

 FASILITATOR BERGAMBAR DENGAN TNC HEPA

GAMBAR LDK BERSAMA PELAJAR BARU


GAMBAR AKTIVITI SEMASA KURSUS TOT

EXPLORE THE NATURE CAMP


EXPLORE THE NATURE CAMP DI TAMAN NEGARA PAHANG
Assalamualaikum w.b.t buat semua..hehe entry kali ni nak citer pasal lawatan sambil belajar yang ana join beberapa hari lepas..Alhamdulillah dengan menyertai kem ni,bnyk pengetahuan yg ana dpt antaranya dapat kenal tumbuh-tumbuhan hutan,serangga yang ada di hutan hujan tropika kita ni..berjalan kat atas canopy walk yang mana tercatat sebagai titia gantung terpanjang dan tertinggi di dunia..(hopefully betulla fakta ni..hehe)..selain tu,kitorang dibawa melawat ke perkampungan orang asli yg mana perkampungan ni terletak di tepi sg tembeling..kami terpaksa merempuh arus deras dgn menaiki bot (rapid shooting) yang mna 100 percent kami basah..bukan basah sebab arus deras.. tp kena simbah dgn boatman dg pemandu pelancong..haha tak tau la dah bnyk mana tertelan air sg tembeling dah..tapi aktiviti ni sangat best!! satu lagi fakta yg ana dapat..rupa2nya orang asli yg ada kat malaysia ni rupanya berasal dr Afrika!! dan dah pun terbukti genetik diorang sama dgn org asli ni..huhu
stakat ni saja update bt masa ni..see you soon my precious blog!! 

Friday 31 August 2012

KURSUS TOT FASILITATOR MNGGU JALINAN MESRA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Kursus ni dijalankan di Kem Damai Lata Belatan,Besut,Terengganu bermula 28-30 Sept 2012.Kursus ni diadakan khas sebagai persediaan kepada fasilitator2 yang akan menjalankan tugas mereka dalam Minggu Jalinan Mesra pada 2-7 Sept 2012 nanti.Alhamdulillah..semuanya telah selesai...dan ana mengharapkan semua dapat menjalankan tugas dengan baik sepanjang Minggu Jalinan Mesra(MJM) berlangung nanti.Ana dipilih untuk menyertai Unit Penginapan yang diketuai oleh Saudara Aliashim(MPP) dan Saudara Taufiq(MKK).Banyak ilmu yang telah ana dapat sepanjang kursus ni berlangsung..Hehehe..apa lagi ek nk tulis? sebagai fasi bahagian penginapan pelajar,kami semua kenalah jaga emosi dengan baik supaya dapat menyambut adik2 yang mendaftar ke UMT ni dengan mesra sekali..Unit Penginapan ditugaskan untuk menjaga segala bahagian teknikal yang melibatkan blok kediaman..contoh la..kalau tombol pintu rosak ke..bantal atau tilam tak cukup ke..ataupun lain2 yang berkaitan..Untuk hari pertama..selain menunjukkan kedudukan bilik kepada adik2..fasi penginapan jugak kena tolong adik2 dan ibu bapa mengangkat barang2 yang  dibawa..strategi kami..hehe angkat barang kecik2 je..itupun untuk mengurangkan tenaga yang ada demi nak survive sampai pkul lima petang dengan kemasukan pelajr yang lebih kurang 2500 orang..fuhhh..macmmane ye keadaannya nanti?  apa2 pun tunggu la waktu dan ketikanya nanti..gambar2 kat kursus ni..nanti lah akan di publish..wallahua'lam..

Saturday 21 July 2012

Assalamualaikum..hehehe ni hari pertama Ramadhan...pintu2 syurga dibukakan~ditutup pintu neraka~ teringat lirik lagu pulak..hehehe alhamdulillah walaupun tak dapat nak menjalankan ibadat puasa harini...(ehem2 maklumlah)...  kaum2 Hawa ni kan~ tapi ana dpt rasakan kenikmatan bulan Ramadhan tu..rasa apa ye? hehe rasa tenang je..sebab apa? sebab syaitan kena rantai kot...huhu  apa2 pun rasa bersyukur sangat sebab tahun ni dpat puasa penuh sekali lagi dekat rumah dan kampung halaman tecinta...hahaha tercinta lah sgt...kebetulan pulak cuti sem kali ni sampai lepas raya...alhamdulillah hmmmm...lpas ni nak balik berjuang sbg pelajar thun 2..#huhu da senior kot#  Uni Malaysia Terengganu here i come!!! buat sahabat2 seperjuangan, selamat menjalani ibadat puasa...bukan puasa sekadar makan dan minum tapi puasa semua pancaindera kita...mata..telinga..semua2 lah..rasanya ni saja utk post kali ni..huhuhu..wassalamua'alaikum warahmatullah..

Saturday 30 June 2012


Sajak buat sahabat seperjuangan…

Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah, 
Serpih demi serpih ia punah, 
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.
Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.
Sahabatku.. 
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.
Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah, 
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.
Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.
Ingatlah sahabatku.. 
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.
Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah, 
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.
_________________
jadilah sahabat yang baik… 
Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.
Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Binalah nilai seorg sahabat yg baik..